TLC: Microsoft Word 2013- Kad Kreatif
21 April 2015 | Aktiviti TerkiniProgram ini dijalankan bersama Tadika Lagenda Cemerlang (TLC) sepanjang tahun 2015. Program ICT telah menjadi salah satu subjek di dalam P&P tadika. Program ini telah berlangsung pada 20 April 2015 di bilik latihan Pusat Internet Putrajaya Presint 9 Fasa 10. Kelas ini telah dihadiri oleh 14 orang murid- murid yang berusia 5 tahun. Kelas ini telah dikendalikan oleh Pengurus PI.Tujuan kelas ini adalah untuk memastikan murid- murid didedahkan dengan cara penggunaan Microsoft Word. Murid- murid juga dikehendaki menekan setiap butang yang ada sebelum mereka menghasilkan kad hari lahir. Murid- murid ditugaskan untuk menghasilkan kad mengikut langkah- langkah yang ditunjukkan. Setiap hasil hendaklah disimpan di desktop.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: